Home Berita PAS Perak

Perak Hijau Usaha Pemuliharaan Jasmani dan Rohani

894
SHARE


Perak Hijau Usaha Pemuliharaan Jasmani dan Rohani 

TAMBUN: Majlis Pelancaran Perak Hijau yang disempurnakan oleh Ustaz Hafes Sabri telah dijayakan oleh LPAS dengan kerjasama PAS Zon Manjoi di Dataran Ilmu, Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, 21 Oktober lalu.

Seramai 39 penerima anak pokok limau kasturi telah dijemput dan diraikan dalam program tersebut. Mereka yg terdiri daripada sasaran pengundi yg dipilih oleh beberapa upu dalam zon manjoi disantuni dengan pelbagai acara menarik.

Program yg bermula seawal 7.00 pagi diserikan dengan acara Senam Santai Perak Hijau. Disusuli dengan ceramah kesihatan bertajuk Kesihatan Mental Di Kalangan Wanita yang disampaikan oleh Dr.Atiqah. perkongsian tersebut disambut baik dan peserta bertanyakan soalan dan berkongsi pengalaman.

Program dihangatkan lagi dengan jemputan Pegawai Sains Pemakanan, Puan Ruby, yang berkongsi ilmu pemakanan sihat. Banyak tips2 yg telah beliau kongsikan dan menjadikan interaksi yg menarik di kalangan peserta.

Acara kemuncak, ucapan perasmian oleh Ustaz Hafes Sabri dan gimik Pelancaran Kempen Taman Hijau, dengan acara menanam pokok
dan Perlantikan Pasukan Perak Hijau yang terdiri daripada Jabatan Amal, Pemuda, Ameerah dan Muslimat yang disimbolikkan dengan penyerahan peralatan berkebun seperti cangkul, penyakar, penyodok tanah, dan lain.

Seterusnya, Penyerahan Anak Pokok kepada keluarga angkat yang dipilih.
Turut hadir, Puan Yusmaliza, Timbalan Ketua Muslimat dan kehadiran Ketua2 Cawangan zon manjoi.