Home Berita PAS Selangor

TAUSIYATUL QULUB | Nikmat

1176
SHARE

TAUSIYATUL QULUB

Tarikh: 22 Zulhijjah 1438H

Perhatikanlah seutama-utama NIKMAT dalam hidup kita.

Sayiduna Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu mengungkapnya penuh HIKMAH. Beliau menyatakan:

‘Nikmat yang UTAMA itu ada ENAM PERKARA, iaitu:

1. Islam.
2. Al-Quran.
3. Nabi Muhammad SAW.
4. Keselamatan dan kesejahteraan.
5. Tertutupnya aib.
6. Tidak berhajat kepada bantuan orang lain’

Tegakkan ia dengan PASAK IKRAR setiap hari dalam hidup kita:

‘رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولا وبالقران حكما واماما’

‘Aku redha Allah SWT sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul ikutanku, dan Al-Quran dan sumber hukum dan imamku’

Berkata Sayiduna Umar Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu:

‘Kemuliaan harga diri seseorang ada pada AKALNYA, keluhuran darjat ada pada AGAMANYA, dan kedudukan terhormat ada pada AKHLAKNYA’.

‘Agama, akal , dan akhlak. Itulah nilai hamba yang mendapat NIKMAT’

Benarlah perkataan cerdik pandai:

‘Bukankah sebesar-besar NIKMAT yang dinikmati oleh manusia adalah MENGETAHUI bahawa dirinya MISKIN!( sangat berhajat kepada Allah SWT )’

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu DUSTAKAN!’

Selamat mengambil pelajaran.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

Us Syeikh Muhd Mujahid
PENGERUSI AKTAR
Dewan Pemuda PAS Selangor