Home Berita PAS Selangor

Tausiyah Ramadhan DUPNS 19 | Manusia Lemah Untuk Menilai Hakikat Maslahah & Mafsadah

478
SHARE


Tausiyah Ramadhan DUPNS 19

Manusia Lemah Untuk Menilai Hakikat Maslahah & Mafsadah

Maksudnya:
“Dan manusia secara semulajadi adalah lemah untuk memahami maslahah yang sebenar dan (lemah untuk mahami) jalan/cara mencapai maslahah di dunia dan diakhirat. Sesungguhnya hanyalah mereka mampu (memahami) apabila berjalan dibelakang syariat dan disinari dengan cahaya syariat dan berdiri teguh disisi batasan syariat serta menilai segala perkara dengan neraca syariat.”

Ramadhan mentarbiyah para hamba dan para pejuang hidup dengan batasan syariat. Melalui kehidupan Ramadhan dengan melaksanakan tuntutan syariat.

Dengan inilah memberi suatu cahaya kepada para hamba dan para pejuang guna menilai dan mempertimbang segala perkara yang sebenar-benarnya membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.

Para pejuang Islam hendaklah bersungguh-sungguh memperjuangakan syariat kerana tanpa syariat manusia hidup dalam kegelapan dan akan sentiasa gagal dalam memahami kebaikan yang sebenar untuk mereka.

Sejahtera Bersama Islam

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor