Home Berita PAS Selangor

Tausiyah Ramadhan DUPNS 18 | Neraca Menilai Maslahah & Mafsadah

477
SHARE


Tausiyah Ramadhan DUPNS 18

Neraca Menilai Maslahah & Mafsadah

Maksudnya:
“Timbangan untuk menilai antara maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) hanyalah Islam. Maka apa sahaja yang disaksikan oleh Islam ianya baik maka ia adalah maslahah dan apa sahaja yang di saksikan oleh Islsm ianya buruk maka ia adalah mafsadah.
Dan sesuatu yang keluar daripada pertimbangan ini bermakna ianya mengikut pertimbangan nafsu. Dan nafsu adalah batil, tidak sesuai untuk menilai kebaikan dari keburukan.”

Ramadhan mentarbiyah para hamba dan para pejuang yakin dan bertambah yakin tentang segala-gala yang telah diputuskan dan diperintahkan atau ditegah oleh Islam.

Ini kerana semua perkara yang berada dalam neraca pertimbangan Islam sehingga diperintah kepada manusia melaksanakannya adalah kebaikan dunia dan akhirat.

Segala perkara yang telah ditimbang oleh Islam lalu ditegah melakukannya adalah kerosakan dan kemudharatan kepada umat manusia dunia dan akhirat.

Oleh itu tidak ada satu pun dalam perjuangan Islam ini adalah mudharat. Kerana seluruh Islam adalah maslahah sekalipun ‘mati’ dalam perjuangan ini.

Sejahtera Bersama Islam

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor