Home Berita PAS Selangor

Tausiyah Ramadhan DUPNS 13 | Islam Sistem Kehidupan Yang Lengkap

573
SHARE


Tausiyah Ramadhan DUPNS 13

Keistimewaan Islam 2:
Islam Sistem Kehidupan Yang Lengkap

Maksudnya:
“Islam ialah sistem yang lengkap bagi memenuhi semua lapangan kehidupan. Islam adalah rangkuman perkara yang diturunkan oleh Allah yang mana iannya terdiri daripada hukum hakam berikut: hukum akidah, hukum akhlak, hukum ibadat, hukum muamalat, hukum yang berkait dengan kehakiman, hukum berkait dengan hubungan orang asing yang bukan Islam, hukum berkait sistem hubungan negara Islam dengan negara2 lain samada semasa damai atau perang dan lain-lain.”

Ramadhan melalui tuntutannya menggambarkan kesyumulan Islam. Kefarduan puasa mengikat perintah pelaksanaannya dengan iman kepada Allah. Kemuncak puasa adalah taqwa merupakan akhlak termulia umat Islam dengan Allah dan manusia. Kefarduan zakat merupakan sistem muamalah dengan ummah yang tidak berkemampuan dan lain-lain.

Para hamba dan para pejuang hendaklah menghayati Islam secara syumul agar kehidupan menuju kesempurnaan.

Dengan sifat inilah sistem Islam wajib diperjuangkan demi memenuhi setiap keperluan dan kehendak manusia agar sistem hidup terjamin kesejahteraan, keselamatan dan kebahagian dunia dan akhirat.

Sejahtera Bersama Islam

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor