Home Berita PAS Selangor

Tausiyah Ramadhan DUPNS 12 | Islam Daripada Allah Ta’ala

720
SHARE

Tausiyah Ramadhan DUPNS 12

Keistimewaan Islam 1:
Islam Daripada Allah Ta’ala

Maksudnya:
“Sumber Islam dan yang mensyariatkan hukum hakam Islam serta manhaj-manhaj Islam adalah Allah Ta’ala. Maka Islam dengan keistimewaan ini berbeza dengan perbezaan yang menyeluruh daripada semua peraturan atau sistem ciptaan kerana sumbernya adalah manusia adapun Islam maka sumbernya adalah tuhan pencipta manusia.”

Ramadhan mengembalikan para hamba dan para pejuang hidup dengan sistem kehidupan Islam. Ramadhan memaksiman ibadah, ramadhan menyusun waktu menjalani kehidupan, ramadhan membentuk suatu perubahan secara umum dan menyeluruh termasuk muamalah dan perjuangan.

Perjuangan Islam merupakan perjuangan yang benar dan selain itu adalah perjuangan yang batil.

Para pejuang Islam hendaklah merasa bangga kerana mereka memperjuangkan Islam yang mana Islam cukup istimewa kerana Islam daripada Allah Yang Maha Pencipta manusia.

Sejahtera Bersama Islam

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor