Tausiyah Ramadhan DUPNS 09
Islam: Seluruhnya Berkait Tentang Tauhid
Maksudnya:
“(Kedudukan) Tauhid dalam Islam adalah setiap sudut Islam berkait dengan tauhid. Dan Al-Quran semuanya berkisar berkaitan tauhid. Maka tauhid adalah hakikat Islam dan asas-asasnya dan daripada tauhid zahir/munculnya semua sistem, hukum hakam, segala perintah serta manhaj-manhaj Islam.”
Ramadhan mentarbiyah para hamba dan para pejuang untuk mengfokuskan segala amal hanya kepada Allah. Bahkan kemuncak puasa adalah meninggalkan segala-gala hanya untuk dan kerana Allah.
Ramadhan menuntut supaya para hamba dan para pejuang berpuasa sampai kepada tahap batin/hati sehingga tidak ada lagi ingatan kecuali hanya kepada Allah.
Para pejuang hendaklah berjuang atas dasar Islam semata-mata kerana Islam adalah tauhid/mengesakan tanpa Islam pasti perjuangan akan terkeluar daripada batasan tauhid kepada Allah.
Sejahtera Bersama Islam
Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor