Home Berita PAS Selangor

Tausiyah Ramadhan DUPNS 08 | Suatu Jawapan Yang Tepat

638
SHARE


Tausiyah Ramadhan DUPNS 08

Islam: Suatu Jawapan Yang Tepat

Maksudnya:
“Islam ialah jawapan yang tepat lagi benar bagi tiga persoalan yang menyibukkan aqal manusia (mencari jawapan) samada pada masa dahulu dan masa kini. Persoalan tersebut adalah: Daripada mana kita datang? Kenapa kita datang? Kemana kita akan kembali?”

Ramadhan mendidik dan mengingati para hamba dan para pejuang dengan ajaran Islam yang sempurna dari sudut Ramadhan pada setiap saat mengembalikan ingatan kita kepada Allah Yang Maha Pencipta dengan menghayati kewujudan Allah melalui ibadah puasa.

Ramadhan mengajar kepada para hamba dan para pejuang erti beribadah secara maksimun dengan maksud untuk memenuhi tujuan penciptaan manusia.

Ramadhan membawa satu pengajaran bahawa hakikat diri adalah ruh yang sedang menunggu ajal untuk bertemu dengan Allah. Dengan sebab itulah ramadhan banyak mengutamakan interaksi dengan ruh berbanding jasad dibulan ramadhan ini.

Sejahtera Bersama Islam

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor