Home Berita PAS Perlis

Bengkel Penerangan DPPNPs Perkasakan Jentera Parti

534
SHARE

KANGAR : Lajnah Penerangan DPPNPs dibawah pimpinan Saudara Haziq Dun menganjurkan Bengkel Penulisan dan Media di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) pada hari Sabtu, 3 Jun 2017.

Bengkel ini telah disertai seramai 25 orang peserta, mewakili Pemuda Kawasan, DACS, Jabatan Amal termasuk 6 orang wakil Dewan Muslimat PAS Perlis.

Program ini diadakan bagi memperkasa jentera Parti dalam menyalurkan maklumat dan membuat berita supaya setiap aktiviti PAS di Perlis sentiasa mendapat liputan media yang terbaik.

Menurut pengarah program, Saudara Haziq Dun, dengan kehadiran anak muda dalam bengkel ini diharap dapat membina jentera pilihanraya yang kompeten di masa hadapan.

Bengkel ini diakhiri dengan perasmian kempen Satu Minggu Satu Berita yang disempurnakan oleh Dr. Saifizi Saidon, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis.

{jathumbnail off}