Home Artikel PAS Perak

Taujihat Ulamak Menyuntik Semangat Jentera

991
SHARE

Taujihat Ulamak Menyuntik Semangat Jentera

KUALA KANGSAR : Pilihanraya yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja perlu diberikan perhatian sebaiknya agar persediaan jentera sentiasa berada dalam keadaan bersiap-siaga.

Persediaan jentera bukan sahaja dari sudut luaran bahkan kekuatan dalaman seperti hubungan dengan Allah SWT agar kebergantungan bersama Allah SWT sentiasa segar bagi memastikan kemenangan Islam bakal dimiliki.

Perkara tersebut telah disuarakan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Norazli Musa ketika menyampaikan taujihad ulamak dihadapan seluruh jentera-jentera PAS setiap peringkat dalam negeri Perak sempena Ijtimak Pilihanraya PAS Perak 2.0, 29 Oktober lalu.

Katanya, untuk memastikan kemenangan Islam sebenar maka segala perancangan dan gerak kerja perlu dilaksanakan serta memastikan matlamat serta akidah perjuangan sebenar tidak disampingkan.

“Dasar perjuangan kita berlandaskan Islam maka setiap tindakan dan gerak kerja perlu disandarkan kepada syariat Islam.

“Teruskan berusaha bagi memastikan kemenangan Islam dalam PRU akan datang melalui jentera setiap peringkat demi melihat Islam diamalkan dalam seluruh kehidupan masyarakat,” tegasnya.