Home Berita PAS Pahang

SIRI 3 | The Return Of AKU dan PAS

641
SHARE

Saya meniti zaman yang mana PAS digelar dengan pelbagai gelaran buruk. Masih saya ingat zaman Tun Mahadir memerintah, PAS digelar parti ortodoks, pelampau, pernah juga zaman itu satu dokumentari dalam RTM bertajuk ‘ PAS, bom jangka penjajah’, saya masih muda belasan tahun tapi masih saya ingat kerana saya menonton dokumentari tersebut. Dokumentari itu diterbitkan usai isu Memali, ditengah2 ejekan itulah saya bersama PAS.

Pernah juga cadangan kalimah Islam pada Parti Islam SeMalaysia (PAS) supaya diharamkan, namun gagal, begitulah rimasnya kerajaan BN terutama umno terhadap perjuangan PAS yang sentiasa dan semakin difahami dan juga semakin diterima rakyat terutama dari kalangan masyarakat Islam.

Barangkali agaknya semua gelaran buruk yang diberikan kepada PAS tidak sedikitpun memberi kesan, malahan semakin ramai pula yang menyertai PAS menyebabkan strategi mengejek kini berubah, PAS kini diberikan dengan gelaran yang lebih baik walaupun bersifat perli, PAS dikatakan oleh musuhnya sebagai Parti ‘Pak Lebai’ dan yang terbaru PAS ‘Parti Suci’, mungkin ini trend atau strategi terbaru.

Yang pasti apa jua gelaran, PAS tetap dengan dasar Islamnya, yang mengejek dan menggelar akhirnya terjelepok kepenatan, umpama tikus mengutil besi, besi tak luak, akhirnya tikus rompong gigi, PAS tak luak dengan ejekan sebab mengejek dan menggelar itu bukannya bersifat hujah, sedangkan Al Qur’an yang menjadi dasar PAS adalah bersifat hujah, dengan hujah inilah orang menyertai PAS.

Sepanjang saya bersama PAS, banyak sangat gelaran yang dilabelkan keatas PAS, tak tertulis rasanya, tujuannya supaya orang benci PAS, namun yang hairannya sewaktu PAS diejek itulah mereka menyertai PAS, waktu PAS digelar dengan gelaran buruk, PAS tetap bertambah keahliannya, bila PAS diperli dengan gelaran Parti Lebai dan Parti Suci pula, keahlian baru PAS pula telah meluluskan lebih 30 ribu keahlian baru sejak januari 2017 hingga kini.

InysaAllah, ejekan dan kejian itu hanya umpama najis yang menjadi baja untuk semakin meyuburkan perjuangan PAS sebagaimana Islam di zaman Rasulullah SAW itu subur ditengah carut marut musuh terhadapnya.

YB Ustaz Rosli Abdul Jabar

Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang