Home Berita PAS Pulau Pinang

TASTI PERTAMA DI PULAU PINANG

1953
SHARE

JELUTONG , 22 MAC – Taska Tunas Insan (TASTI) Mumtaz merupakan TASTI pertama yang ditubuhkan di Pulau Pinang.

Perasmian TASTI Mumtaz telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan diiringi oleh Ketua Muslimat Pas Kawasan Jelutong , Puan Salbiah Ishak. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan tahniah kepada Dewan Muslimat Pas Kawasan Jelutong diatas penubuhan TASTI pertama di Pulau Pinang.

Ustazah Nuridah turut meletakkan harapan yang tinggI agar ‘buah hati’ yang di hantar di TASTI di jaga serta dididik dengan penuh kasih sayang sebagaimana contoh terbaik yang ditunjukkan oleh Rasullah S.A.W. Buah hati yang di maksudkan di sini adalah anak2 asuhan TASTI yang perlu dibentuk dengan acuan Islam.

TASTI merupakan satu lagi inisiatif pendidikan di bawah kelolaan Dewan MusIimat Pas Malaysia (DMPM). Cetusan idea penubuhan TASTI daripada Lajnah Pembangunan Keluarga DMPM mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua Dewan Muslimat seluruh Malaysia. Ini dibuktikan dengan rekod penubuhan 8 buah TASTI pada tahun 2018 di beberapa buah negeri seperti Kedah, Perlis, Johor dan Putrajaya.