Home Berita PAS Pahang

TASTI diperkasakan demi pendidikan awal berteraskan Islam

126
SHARE

Oleh : NURUL IZZATI

SUNGAI PETANI, 12 Dis: Telah berlangsung Bengkel Retreat Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Jabatan Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) di Hotel Seri Malaysia di sini kelmarin.

Bengkel ini diadakan untuk menyusun strategi dan tindakan untuk memperkasakan lagi TASTI sebagai pusat perkembangan dan didikan awal kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah.

Selain itu, penerangan secara khusus mengenai garis panduan pengurusan TASTI diambil perhatian sepertimana yang telah termaktub dalam Manual Pengurusan TASTI yang telah dilancarkan baru-baru ini dalam Muktamar (DMPM) kali ke-63.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua DMPM Dr. Rosni Adam yang juga selaku Ketua Lajnah Pemerkasaan Parti DMPM.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengharapakan agar TASTI terus melangkah lebih jauh dengan adanya gerak kerja yang tersusun rapi dan kombinasi tenaga kerja yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

“TASTI Pembina Generasi Rabbani” adalah motto yang dibawa bertepatan dengan usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas islam yang unggul.

Seramai 25 orang Ahli Lembaga Pengelola Jabatan TASTI Malaysia dan wakil-wakil negeri telah menghadiri bengkel tersebut.