Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Tarian Gelek Tabung Harapan Malaysia Mencemarkan Maruah Rakyat Malaysia

809
SHARE

TARIAN GELEK TABUNG HARAPAN MALAYSIA MENCEMARKAN MARUAH RAKYAT MALAYSIA

Tujuan yang baik tidak boleh sesekali dihalalkan oleh tindakan yang buruk; sementelah lagi jika ia bercanggah dengan ajaran Islam dan norma masyarakat.

Penganjuran majlis kutipan dana Tabung Harapan Malaysia oleh Port Klang Shipping & Logistic Fraternity yang diserikan dengan tarian gelek oleh penari LGBT berpakaian separa telanjang adalah sangat memalukan dan mencemarkan maruah rakyat Malaysia yang terkenal dengan ketinggian adat dan budaya yang sopan.

Justeru, saya menyeru masyarakat sivil sekalian agar menolak dan membantah sekeras-kerasnya majlis yang keterlaluan seumpama ini.

Pihak berkuasa juga sepatutnya bersikap lebih proaktif bagi memastikan penganjurannya dapat dicegah dan penganjur dikenakan tindakan sewajarnya.

Sekian.

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIR