Home Berita PAS Selangor

TARBIYATUL SYABAB | “Sami’na Wa Ata’na Buat Khaliq”

688
SHARE


TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam

(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)

RAMADHAN 8 / 1438 H

“SAMI’NA WA ATA’NA BUAT KHALIQ”

Nabi SAW mengajar setiap perkara ada arahan dan adabnya. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar perkara. Dari urusan masuk keluar tandas ada arahan dan adabnya, apatah lagi dalam urusan menggerakkan ummah dan menguruskan ummah.

Sifat tulen amilin muda adalah “sami’na aw ata’na”. Walau bermacam racun di tiup musuh dengan momokan sifat itu canduan yang mengkhayalkan amilin, namun amilin muda tidak mudah terungkai ikatan kalimah wahyu ini. Ia arahan RABBUNA.

[Surat An-Nur 51]

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.

Indahnya Harakah Ummah ini. Sifat amilinnya tersemat dalam gugusan kalam tuhan. Sifat amalulillah, wala’, tadhiyah, thiqah, bai’ah, ikhlas dan lain lagi awsof yang menjadi kejaran idaman amilin muda.

Ust Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#akupemudapas
#undilahpas