TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam
(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)
RAMADHAN 14 / 1438 H
“RAMADHAN DAN PUASA PROSES JINAK JIWA”
Allah SWT mencipta jiwa manusia dengan sempurna. Dengan kesempurnaan itu, Allah SWT ilham pada jiwa manusia jalan yang baik (takwa) dan jalan yang jahat (fujur). Iman dan ketaatan menentukan jalan takwa. Sebaliknya syaitan dan hawa nafsu mendorong ke arah fujur.
Sebelum Ramadhan tiba, syaitan bersama-sama nafsu untuk mengoda diri manusia supaya menjauhi perintah Allah dan Rasul-Nya. Manusia mudah untuk mengikut hawa nafsu yang sentiasa bergejolak untuk mengikuti keinginannya. Apabila tiba Ramadhan, secara “direct” Allah menjinak jiwa manusia. Caranya syaitan dibelenggu dan hawa nafsu ditundukkan.
i. Ramadhan tiba syaitan di belenggu. Mengekang syaitan dari bekerjasama dengan hawa nafsu menguasai jiwa.
“Apabila masuk sahaja Ramadhan, maka pintu-pintu Jannah (Syurga) pun dibuka, pintu-pintu Jahanam ditutup, dan syaitan-syaitan pula dibelenggu.”
[Riwayat Imam Bukhari]
ii. Puasa menundukkan hawa nafsu. Nafsu kalah dengan berpuasa kerana puasa adalah perisai.
“Semua amalan Bani Adam untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada orang yang mencercanya atau memeranginya, maka ucapkanlah : ‘Aku sedang berpuasa”
[Riwayat Imam Bukhari]
Besarnya rahsia Ramadhan Allah jadikan bulan menjinakkan nafsu, mengangkat jiwa manusia. Bukan mempertuhankan nafsu yang membawa pada kesesatan.
[Surat Al-Jathiya 23]
“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”
USHH
#akupemudapas
#undilahpas