Home Artikel PAS Selangor

Program Tadarus Dan Khatam Perdana Muslimat DUN Bangi

631 views
SHARE

BANGI – Sempena bulan Ramadhan penuh barakah, satu program khatam perdana telah diadakan di Surau Al-Ikmal Taman Semarak yang dihadiri hampir 200 peserta dari 16 surau sekitar DUN Bangi.

Program anjuran Pejabat ADUN Bangi dengan MPP MPKj Zon 22 dan Surau Al Ikmal ini dimulai dengan tazkirah padat yang disampaikan Ustazah Radhiah Idris berkenaan tanggungjawab dan kemuliaan yang akan diperoleh apabila manusia dekat dengan Al-Quran.

“Manusia yang beriman mempunyai beberapa tanggungjawab terhadap Al-Quran iaitu kita perlu beriman dengan kitab Allah ini. Selain itu, kita juga hendaklah membacanya (tilawah), faham, amal dan sebarkan ilmu Al-Quran. Terbaik adalah dengan kita berusaha menghafal ayat Allah ini supaya kita dapat merasai kelazatan Al-Quran.

“Apabila kita berpegang dengan Al Quran, kita akan mendapat kemuliaan didunia dan akhirat. Jibril adalah malaikat yang menurunkan Alquran, maka Jibril menjadi malaikat paling mulia. Ramadhan adalah bulan diturunkan Al Quran, maka Ramadhan menjadi bulan terbaik antara bulan-bulan yang lain, Nabi Muhammad dan ummat baginda diberikan Al-Quran, maka kita mendapat nabi terbaik dan menjadi ummat terbaik berbanding ummat nabi lain. Jadi, bagaimana agaknya apabila kita termasuk dalam orang yang belajar dan mengajar Al-Quran? ” Ujar Ustazah Radhiah.

Dalam pada yang sama, program tadarus dan khatam perdana ini telah dirasmikan oleh Ustazah Che Maryam Ahmad, isteri ADUN Bangi. Beliau menyeru semua yang hadir agar mengahrgai usia dengan memperbanyakkan amalan untuk bekalan ke negeri akhirat.

“Hargailah usia kita. Kita tidak tahu bila Allah akan mengambil nyawa kita. Kita juga tidak pasti adakah akan bertemu kembali Ramadhan akan datang. Maka, perbanyakkanlah amalan.

“Jangan jadikan majlis khatam ini sebagai pengakhiran kita dalammebaca Al-Quran. Bacalah ia sepanjang masa terutama bulan Ramadhan penuh keberkatan ini.”

Turut hadir, Puan Hamsatul Hamzah, Ahli Majlia MPKj Zon 22 dalam program berkenaan.

{jathumbnail off}