Home Berita PAS Selangor

TARBIYATUL SYABAB | Penjara Yang Sementara

702
SHARE


TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam

(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)

RAMADHAN 24 / 1438 H

“PENJARA YANG SEMENTARA”

Orang beriman akan merasai nikmat hidup di dunia apabila mentaati Allah SWT. Terikat dengan perintah dan arahan Allah SWT bukan satu bebanan bahkan satu nikmat ketaatan yang tidak terhingga dan dapat menyusun serta menguruskan kehidupan dengan sempurna. Apatah lagi kehidupan di dunia ini hanya sementara. Menuju kehidupan yang hakiki di akhirat sana. Allah SWT jadikan kehidupan di dunia ini dengan pelbagai hukum dan peraturan. Segala urusan hidup manusia berhubung kait dengan halal haram dan dosa pahala.

 “Dari Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW bersabda : Dunia ini umpama penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.”

Ibarat yang dilafazkan oleh Nabi SAW adalah menggambarkan realiti hidup orang beriman dan kafir. Orang beriman perlu mengawal dirinya, mengikut batas dan sempadan dengan sempurna yang di gariskan agama. Seakan berada dalam penjara yang membataskan segala kehendak penghuninya. Pun begitu, akhirat dengan penuh nikmat yang tiada terhitung menanti orang beriman. Berbeza dengan si kafir. Dunia adalah syurga baginya. Tetapi menanti azab di hari muka.

Ust Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

#akupemudapas
#undilahpas