Home Artikel PAS Sarawak

Tazkirah Ramadhan

98 views
SHARE

 

“Dan DIA lah yang mengutus kepada kamu Rasul yang Ummiyy (Buta Huruf) dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat NYA, mensucikan, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan hikmah, meskipum sebelumnya mereka dalam kesesatan yang nyata”.

Al Jum’ah Ayat 2

Masuk ke 10 hari terakhir telah memberi kesan mendalam kepada ummat Islam akan kemuliaan Ramadhan dan kemuncak pesta Ibadah. Lazim waktu dan ketika ini kita se akan-akan merasakan tidak cukup masa dan jika diberi peluang ingin memohon Allah panjangkan Ramadhan buat kita. Hebat kurnia Allah kepada mereka yang sempat bersama Ramadhan tahun ini

Tazkiyah adalah elemen penting dalam Tarbiyah. Tazkiyah dalam erti maksud penyucian diri yang termasuk dalam nya aqal, ruh, nafsu dan hati. Proses tarbiyah (pembentukan) perlu menjalani langkah penyucian ini bagi membuang karat dan kotoran degil yang lama melekat dalam ruh, aqal, nafsu dan hati manusia.

Hikmah Allah hadirkan Ramadhan adalah peluang untuk kita “basuh” dan “sental” kotoran ini secukupnya. Basuh dan cuci lah dirimu dengan puasa, Qiraatul (Baca) Al Quran, Taddabur (faham) Al Quran, Istighfar memohon ampun pada Allah, Bangun malam dengan munajat pada Allah dan juga carilah peluang untuk sadaqah dan infaq kepada saudara kita yang kurang bernasib baik. Penyucian ini dapat kembalikan kita kepada fitrah asal kita kepada Islam, agama yang Sejahtera dan selamat.

Aku Merinduimu Ya Ramadhan

Sejahtera Bersama Islam

Penerangan PAS Sarawak

 

{jathumbnail off}