TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam
(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)
RAMADHAN 21 / 1438 H
“MUJAHADAH MALAM AL QADR”
Berada di saat-saat akhir Ramadhan sebenarnya menguji tahap keimanan seseorang. Malu untuk mengaku atau pun tidak, hakikatnya hanya diri sendiri yang tahu. Ujian malas dan sibuk dengan perkara lain menghantui orang beriman. Sebab itu, sebahagian masjid dan surau akan penuh melimpah ruah apabila berada di awal Ramadhan. Kini kurang 10 hari untuk mengakhiri Ramadhan, masjid makin susut. Makmun solat tidak seramai awalnya.
Namun itulah cabarannya. Mungkin ianya salah satu bentuk Allah SWT hendak memaklumkan bahawa mahalnya nilai harga Malam Al Qadr. Tidak semua mampu memilikinya. Yang benar-benar dipilih Allah sahaja akan merasai keseronokan, kelazatan berada di saat akhir ini seperti berada diawal Ramadhan bagi yang semangat diawalnya bahkan lebih lagi.
Bagi mereka yang sedar, apatah lagi amilin muda, memadai kalam Nabi SAW menjadi kunci untuk membuka pintu semangat dan kelazatan nikmat berada di akhir Ramadhan ini dalam merebut Malam Al Qadr.
Baginda Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya:
“Carilah Lailatul Qadr di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Dalam melaksanakan ibadah merebut Malam Al Qadr ini maka perbanyakkanlah membaca doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidatina Aisyah r.a :
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah dosa-dosaku”. (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)
#akupemudapas
#undilahpas
Ust Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor