TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam
(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)
RAMADHAN 22 / 1438 H
“LAUTAN RAHMAT ILAHI”
Rahmat Allah melaut. Itu lah ibarat yang sudah tentu boleh dikatakan dengan apa yang boleh dilihat dalam kehidupun. Tidak terhitung rahmat buat hamba-Nya yang tidak putus-putus. Apatah lagi bila mana berada dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.
[Surat Al-A’raf 156]
“Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu”
Allah SWT kaya dengan rahmat-Nya. Menganugerahkan kepada hamba dan makhluk-Nya dalam pelbagai bentuk. Bahkan Rahmat dan kasih sayang Allah SWT melangkaui kemurkaan-Nya
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : Tatkala Allah SWT menciptakan para makhluk, Dia menulis di dalam kitab-Nya yang kitab itu terletak disisi-Nya di atas ‘arasy – Sesungguhnya rahmat-Ku lebih melangkaui kemurkaan-Nya”.
“Dari Abu Hurairah r.a berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Allah SWT menjadikan rahmat (kasih sayang-Nya) itu seratus bahagian, lalu Dia menahan di sisi-Nya 99 bahagian dan Dia menurunkan satu bahagian-Nya ke bumi. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk berkasih sayang sesamanya, sampai seekor kuda mengangkat kakinya karena takut menginjak anaknya.”
Ust Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
#akupemudapas
#undilahpas