Home Artikel PAS Wilayah

Tanpamu Guru Siapalah Kami

43 views
SHARE

PAS Kawasan Bandar Tun Razak mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia. Sesungguhnya jasa bakti guru tidak dapat dibalas dengan wang.

Jikalau hendak diceritakan pengalaman semasa belajar, semestinya banyak yang kita terbayang-bayang bagaimana pergorbanan guru mengajar kita.

Adakalanya kita leka, merekalah yang akan menegur. Adakalanya kita nakal, merekalah tidak jemu menasihati. Sungguh besar pergorbanan guru yang tidak pernah jemu mendidik kita.

Sempena hari guru ini, admin buka kepada sesiapa yang sudi berkongsi jasa dan pergorbanan guru mereka di ruangan komen untuk kita jadikan pedoman.

Selamat Hari Guru!