Home Artikel PAS Terengganu

Selamat Hari Guru dari kota Putera

118 views
SHARE

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik di seluruh negara, sama ada yang sedang menjadi guru mahupun yang sudah bersara.

Peranan kalian sebagai pendidik begitu besar sekali dalam membina peribadi insan. Guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam membentuk sahsiah anak-anak selain ibu bapanya.

Pada tanggal 16 Mei ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik saya dari kecil sehingga sekarang. Tanpa mereka, tidaklah saya menjadi saya seperti hari ini.

Ucapan terima kasih ini tidaklah memadai bagi membalas jasa kalian semua warga pendidik. Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran atas segala kebaikan yang pernah dicurahkan dalam memastikan kami semua mendapat manfaat dan menjadi insan yang berguna di hari muka.

Selamat Hari Guru.
Jazakumullahu khairal jaza’.

YB Haji Mohd Nurkhuzaini B. Ab Rahman
ADUN Kota Putera