Home Artikel PAS Pahang

Tangki air sekolah pecah, Adun mahu siasatan menyeluruh

206 views
SHARE

Sebuah tangki air yang tidak lagi digunakan di Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran tiba-tiba pecah lalu menimpa garaj. Berikutan kemalangan jam 6.15 pagi semalam itu mengakibatkan dua buah kenderaan milik dua orang guru termasuk warden dan van sekolah sekolah rosak teruk.

Adun Chenor, Ustaz Mubijurrahman Ishak yang ditemui berkata, beliau yang menerima panggilan sejuruh selepas kejadian terus bergegas ke tempat kejadian dan menyaksikan sendiri bala bencana berkenaan.

“Menurut kakitangan sekolah, tangki air besar berkenaan tidak dipakai lagi atau jarang-jarang digunakan dan biasanya level takungan air dalamnya hanya separuh.

“Tetapi sejak beberapa hari lalu ada yang mendapati kandungan air mula menitis keluar. Barangkali air dalamnya sudah penuh menyebabkan tangki tersebut tidak mampu menampungnya lalu menerobos keluar sehingga memeranjatkan warga sekolah menengah agama tersebut. Kesannya diumpamakan mereka seperti tsunami kecil” ujarnya.

Tambahnya lagi, mujurlah tiada siapa yang cedera.

Difahamkan Exco Agama Syed Ibrahim Syed Ahmad turut melawat tapak kejadian.

Urusan air meskipun di bawah Paip, namun difahamkan tangki air diselenggarakan di bawah JKR.

Berikutan itu, Ustaz Mujib mahukan siasatan menyeluruh agar kejadian serupa tidak berulang lagi.