Home Artikel PAS Wilayah

Tanggungjawab Tegak Islam Tanggungjawab Semua

833
SHARE

Oleh : DR ZURAINI HASHIM

SETIAWANGSA, 23 April: Islam merupakan amanah Allah swt kepada semua hambanya untuk di tegak dan didaulat dibumi ini selagi dia memiliki akal yang sihat. Oleh yang demikian, ia merupakan tanggungjawab semua tanpa sebarang dalih dan alasan.

Calon PAS P118 Setiawangsa, Ust Ubaid Abd Akla mengajak hadirin berfikir susah payah perjuangan Nabi Muhammad saw sebagai ikutan di mana sebahagian episodnya perjalanan hijrah Nabi 700 km berjalan kaki dari Mekah ke Madinah , berlindung di Gua Thur dan menghadapi susah payah gangguan musyrikin mekah ketika berceramah maghrib di Surau Al-Kautsar, Wangsa Melawati, di sini.

Beliau juga mengulas Firman Allah swt dalam surah As-Saff, dimana tanda orang yang benar-benar beriman adalah mereka yang berjuang menegakkan Islam dengan harta dan jiwa mereka.

‘Mereka juga mendapat banyak keistimewaan dari illahi antaranya pengampunan dosa , selamat dari azab neraka dan kejayaan di dunia dan akhirat’ tambah beliau lagi.

Sebelum ini disebelah petang, beliau diiringi pimpinan dan penyokong PAS menyantuni pengunjung dan peniaga di Pasar Ayer Panas yang kebanyakkan berbangsa tiong-hua sambil mengedar manifesto PAS.

Sambutan masyarakat amat menggalakkan , menyatakan sokongan kepada perjuangan PAS yang membawa Islam yang adil, selamat dan sejahtera.

-Lujnah Penerangan PAS Setiawangsa-