Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tangan Yang Menghayun Buaian, Digagahkan Untuk Membantu Rakyat

1017
SHARE

1 Disember 2017, Kelantan : Mula musim tengkujuh menjadikan semua warga pantai timur bersiap siaga untuk menghadapi kemungkinan banjir. Hujan berpanjangan dan lebat telah menyebabkan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dinaiki air. Tidak terkecuali, masyarakat Kampung Cenerai, Kelantan turut menghadapi ujian yang sama.

Rasa tanggungjawab kepada rakyat, tangan yang menghayun buaian juga bersedia digagahkan untuk bersama membantu rakyat. Barisan penggerak PAS Malaysia daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Siti Zailah Mohd Yusoff merupakan MP Rantau Panjang merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK), YB Rohani Ibrahim juga ADUN Tanjung Mas serta merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK DMPNK) dan wakil-wakil dari NGO serta Ahli DMPNK telah hadir bersama. Rombongan dengan tekad berusaha meredah hujan dan banjir untuk menyantuni sekitar 100 orang penduduk. Mereka telah diberikan bantuan berbentuk makanan oleh rombongan. Semoga dengan sedikit sebanyak bantuan yang diberikan dapat melahirkan rasa gembira kepada penduduk kampung.

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat baik, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa berbuat demikian kerana mengharapkan redha Allah, maka Kami akan memberinya pahala yang besar” (Surah An-Nisa: 114) .

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPM masih lagi membuka ruang kepada sahabat-sahabat yang sudi untuk menghulurkan subangan banjir. Mungkin bukan sahaja untuk Negeri Kelantan, malah juga untuk negeri-negeri yang sedang dilanda banjir yang mungkin memerlukan bantuan kecemasan.

Sumbangan ikhlas anda bolehlah disalurkan ke Akaun:

? Dewan Muslimat PAS Pusat
? MAYBANK: 5640 2540 0711
? SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

Semoga dengan sumbangan anda, ianya menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah, Jazakumullah Khair Katheera. Siiru ‘ala Barakatillah.

? Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia

#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan