Home Berita PAS Terengganu

Taman negeri marin, produk terbaru pelancongan Terengganu

46
SHARE

KUALA TERENGGANU, 7 Jun – Taman negeri marin adalah produk pelancongan terbaharu yang akan diperkenalkan bagi mempromosikan Taman Negeri Terengganu ke seluruh pelusuk dunia.

Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, YM Tengku Mohd Arifin Tengku A.Rahman berkata Taman Negeri Terengganu akan diperkayakan lagi dengan taman berasaskan marin.

“Insya-Allah, taman negeri akan diperkembangkan lagi dengan mewujudkan taman negeri marin dimana akan datang kita akan mempunyai Taman Negeri Bidung dan Taman Negeri Tenggol,” ujarnya ketika ditemu bual semasa program siri Jelajah Taman Negeri ‘One Round Terengganu’ baru-baru ini.

Tambahnya lagi, taman negeri yang sedang dirangka untuk diwartakan adalah taman negeri yang terletak di Pulau Rhu, Besut.

“Kita dalam proses bagi mewartakan satu pulau iaitu Pulau Rhu di Besut dan itu merupakan pertambahan produk yang baik untuk Taman Negeri,” kata beliau.