Home Berita PAS Selangor

Takziah kepada Tuan So’adi bin Derani atas pemergian isterinya – Pemuda PAS Bangi

121
SHARE

May be an image of text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Dukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada sahabat kita Tuan So’adi bin Derani (Atok) yang juga anggota Jabatan Amal Bangi, telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

Pemuda PAS Bangi memohon agar sama-sama mendoakan roh Allahyarhamah Saleha Binti Md Noor dicucuri rahmat Allah SWT dan moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh insyaAllah.

Pemuda PAS Bangi mengucapkan takziah kepada Tuan So’adi bin Derani, Moga dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan dan moga sentiasa dalam rahmat Allah dan lindungan Allah SWT.

Dikhabarkan bahawa Tuan So’adi bin Derani kini berada di Hospital Sungai Buloh kerana telah di sahkan positif COVID-19.
Semoga diberikan kekuatan buatnya dalam menghadapi dugaan- dugaan ini InshaAllah.
Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor