Home Artikel PAS Pusat

Takziah buat keluarga mangsa ke-7 #Covid-19

688
SHARE
Allahyarham merupakan pembuka cawangan PAS Taman Koperasi Polis 2

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhum Idris Atan, 57 tahun antara pembuka Cawangan PAS Taman Koperasi Polis 2 yang mencatatkan kes kematian ketujuh, telah disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang hari ini, 21 Mac 2020.

Sudah pasti kita tidak mampu menggambarkan bagaimana perasaan ahli keluarga beliau saat menerima berita kematian yang sudah pasti meruntunkan jiwa.Semoga seluruh ahli keluarga terutama isteri dan anak-anak tabah menghadapi situasi sukar ini, sesungguhnya ujian ini tidak lain Allah SWT kurniakan buat mereka mampu. Mudah-mudahan keluarga ini dikurniakan segala kekuatan dan kesabaran untuk melaluinya.


Di kesempatan ini, pihak kami merayu dan memohon kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa jua latar belakang kita, agar semua mematuhi saranan dan arahan daripada YAB Perdanan Menteri serta yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama arahan “duduk di rumah”.Diharap agar semua dapat memberikan kerjasama sewajarna bagi mengurangkan rangkaian sebaran pandemik ini di samping mengurangkan kadar kes yang diterima.

Tidak lupa kepada semua frontliner yang bertugas di semua agensi, terima kasih atas segala pengorbanan dan hanya Allah SWT jua yang layak membalasnya. Semoga terus bersemangat untuk menabur bakti demi keselamatan dan kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai.

Dr. Rosni Adam
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat
21 Mac 2020 bersamaan 27 Rejab 1441