Home Artikel PAS Perak

ISRA’ MIKRAJ | DMPN Perak

406
SHARE

ISRA’ MIKRAJ

Peristiwa ini dikaitkan dengan perjalanan Nabi Muhammad dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan naik ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah.

Allah memfardhukan solat sebanyak 50 waktu tetapi Rasulullah memohon keringanan bagi umatnya sebanyak 5 waktu solat sehari semalam.

Di sebalik ujian penularan Covid19 ini, kita diberi rukhsah untuk menggantikan solat Jumaat dengan solat Zohor dirumah bagi memutuskan rantaian virus ini. Selain itu, segala aktiviti yang melibatkan ramai orang diberhentikan seketika termasuk solat berjemaah di masjid mahupun surau, kuliah atau majlis ilmu dihentikan seketika.

Namun begitu, bukanlah alasan kita untuk terus meninggalkan aktiviti tersebut. Sebaliknya, sama-sama kita lakukan aktiviti tersebut secara berjemaah dirumah.

Solatlah walaupun dimana kita berada dan belum terlambat lagi untuk kita memperbaiki solat kita.

Ikhlas daripada,
Dewan Muslimat PAS Negeri Perak

#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#StayAtHome
#Dudukdirumah
#Solat5waktu