Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Takziah Buat Keluarga ‘Anak Syurga’

670 views
SHARE

Seawal pagi tadi kita telah menerima khabar duka pemergian bayi lelaki, Adam Rayqal yang ditemui mati di rumah pengasuhnya sekitar jam 11.00 malam.

Sebelum itu, satu berita telah melaporkan bayi itu ‘diculik’ oleh orang yang tak dikenali dari rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda Kiri.

Kami seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia berasa dukacita dan simpati terhadap apa yang berlaku kepada bayi tersebut.

Kami berharap agar kedua ibu bapa Adam Rayqal diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi kenyataan yang amat menyedihkan ini.

Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan yang selayaknya kepada pengasuh yang menjadi suspek kejadian, juga peringatan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat untuk lebih cakna dengan hal-hal seperti ini.

Salam Takziah daripada kami.

Semoga anak yang tidak berdosa ini berbahagia di sana.

Dikeluarkan oleh,

Sekretariat
Dewan Muslimat PAS Malaysia
4 Julai 2018 bersamaan 20 Syawal 1439