Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Takziah Buat Keluarga Iron Lady Ikon Wanita Berjaya

1865
SHARE

Takziah Buat Iron Lady Ikon Wanita Berjaya

Datuk Maznah Hamid atau dikenali sebagai ‘Iron Lady’ semalam disahkan meninggal dunia jam 6 petang semalam (4 Oktober 2017). Beliau menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 62 tahun.

Allahyarham sebelum ini merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd. Jenazah telah dibawa pulang sekitar jam 10 malam semalam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, Taman Selasih , Kuala Lumpur.

Sesungguhnya jasa Allahyarham begitu besar terhadap negara. Allahyarham sebelum ini merupakan graduan Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State Univerity of New York. Beliau begitu aktif dalam bidang keusahawanan.

Semasa hayatnya, beliau telah menubuhkan Maznah Motivational Centre dengan tujuan membantu para usahawan baru serta mereka yang pernah gagal dalam kehidupan mendapat motivasi diri. Dalam masa yag sama, beliau telah membuka Klinik Keusahawanan di seluruh negara bagi membantu mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan takziah di atas pemergian beliau. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba yang soleh. Kami juga mendoakan ahli keluarga beliau tabah menghadapi ujian ini. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Al-Fatihah.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
17 Muharram 1439
6 Oktober 2017