Home Dewan Ulamak PAS Pusat

Takziah Atas Pemergian KP Jakim

540
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

20 SAFAR 1442  l  8 OKTOBER 2020

TAKZIAH ATAS PEMERGIAN KP JAKIM

1.  Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato Paimuzi Yahya, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menghembuskan nafas terakhir pada tengahari tadi di Hospital Sungai Buloh.

2. Jasa Allahyarham amatlah besar dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam. Pastinya usaha dan pengorbanan dalam kerjaya yang diceburi amat memberikan manfaat yang besar kepada agama, ummah dan negara.

3. DUPP mendoakan agar segala amalan yang dikerjakan oleh Allahyarham diterima Allah SWT dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang solih. Semoga keluarga Allahyarham tabah dan sabar menerima berita sedih ini dengan redha atas ketentuan Ilahi.

Firman Allah SWT :

(وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ سَنُدۡخِلُهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۖ لَّهُمۡ فِیهَاۤ أَزۡوَ ٰ⁠جࣱ مُّطَهَّرَةࣱۖ وَنُدۡخِلُهُمۡ ظِلࣰّا ظَلِیلًا)

Maksudnya :
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.” – [Surah An-Nisa’ 57]

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)