Home Kenyataan Media PAS Kedah

Tahniah YAB MB Kedah umum Kedah bebas judi

183
SHARE

Oleh USTAZ MOHD AZAM ABD AZIZ

PADANG TERAP, 16 Nov – PAS Padang Terap mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Noor , Menteri Besar Kedah di atas pengumuman bahawa Negeri Kedah akan bebas judi.

Pengumuman semasa sidang media selepas Sidang Dun pembentangan belanjawan 2022 itu menekankan supaya semua pihak berkuasa tempatan tidak memperbaharui lesen premis perniagaan perjudian.

Tegas YAB Menteri Besar bahawa aktiviti perjudian menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan dan tamadun selain masalah bebanan hutang.

Judi adalah satu satu maksiat yang sangat jelas haramnya, sebaris dengan pengharaman arak dan bertenung nasib. Firman Allah S.W.T, bermaksud:

“Sesungguh arak, judi, berhala dan bertenung nasib dengan panah; adalah perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat untung.”
(Surah Al-Maidah: 90)

Semoga Negeri Kedah terus diberkati dan rakyat selamat sejahtera ekoran usaha menjadikan Kedah negeri yang bebas daripada aktiviti judi.