Home Artikel PAS Wilayah

Tahniah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

1281
SHARE

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah atas pelantikan Presiden PAS, Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas mewakili YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Ketokohan beliau dalam bidang politik Islam tidak hanya diiktiraf di peringkat Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Beliau pernah dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama’ Sedunia pada tahun 2014 hingga 2018, Ahli Penyelaras Sekretariat Parti Islam Sedunia, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Muassasah Al-Quds, Ahli Lembaga Majma’ Taqrib Mazahib dan Perunding Misi Damai Bosnia, Afghanistan, Acheh dan Yaman.

Beliau yang juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan Ijazah Sarjana (MA) Siyasah Syar’iyyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir pernah menjawat jawatan selaku Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 sehingga tahun 2004.

Berbekalkan penglibatan beliau yang luas di arena politik negara-negara Islam khususnya di Eropah dan Timur Tengah diadun bersama dengan pengalaman dalam kancah politik tanah air, Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan yakin dan percaya bahawa YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah sosok yang benar-benar layak untuk diposisikan di jawatan tersebut.

Kami mendoakan agar nusrah dari Allah SWT sentiasa mengiringi Tuan Guru dalam memikul amanah ini dan semoga Islam dapat dimartabatkan di persada dunia InsyaAllah.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN