Home Rencana PAS Selangor

Tahniah seluruh jentera PAS Kawasan Hulu Langat – Pengarah JPRP Hulu Langat

17
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Hj Mad Shahmiour Hj Mat Kosim
Pengarah JPRP Hulu Langat

Sekalung ucapan tahniah kepada seluruh jentera PAS Kawasan Hulu Langat yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung dilapangan fizikal dan maya sepanjang PRN Melaka di N14 Kelebang.

Sesungguhnya banyak ilmu dan pengalaman baru yang telah kita kaut bersama untuk melayari bahtera perjuangan yang lebih mencabar dan dinamik pada masa depan.

InsyaAllah dengan semangat, ilmu dan ukhuwwah yang telah terjalin ini akan memantapkan lagi segala gerakerja kita dengan lebih tersusun dan strategik.

Ana berbangga dengan keterlibatan semua AJK PAS Kawasan Hulu Langat, JPRP, JPRD dan semua ahli-ahli PAS Hulu Langat yang telah menginfaqkan tenaga, harta dan fikirannya untuk perjuangan Islam yang syumul ini.

Seeru ala barokatillah

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor