Home Rencana PAS Selangor

PRN Melaka telah buat keputusan, tahniah Barisan Nasional – PAS Kawasan Sungai Buloh

37
SHARE

May be an image of 22 people

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : PAS Kawasan Sungai Buloh

Rakyat Melaka telah membuat keputusan semalam. Pertandingan tiga penjuru parti gabungan terbesar, PN, BN dan PH pada kali ini dengan turut disertai parti baru Putra dan calon bebas.

Setelah dua minggu berkempen secara norma baru, pelbagai manifesto yang ditawarkan oleh semua parti, semalam pengundi Melaka telah memutuskan untuk memberi mandat kepada Barisan Nasional.

Barisan Nasional memenangi 21 kerusi, Pakatan Harapan 5 kerusi dan Perikatan Nasional 2 kerusi. Malam tadi juga telah diadakan angkat sumpah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali daripada Barisan Nasional untuk memulakan lembaran baru pertadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Mandat besar telah diberikan, laksanakan tugas dan amanah yang diperolehi dengan penuh berintegriti dengan memastikan kestabilan politik, kemakmuran dan keaejahteraan rakyat diutamakan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor