Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Sekalung tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat pemuda Selangor yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa DPPM yang baharu bagi sesi 2021-2023.
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna pernah memberikan nasihat kepada pemuda,
“Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan di samping itu ada kesediaan yang mendorong mereka ke arah berkorban serta terus bertindak menjayakannya.”
Didoakan agar amanah kepimpinan ini dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi demi agama, bangsa dan negara. Semoga sentiasa dalam rahmat dan nusrah Allah SWT.
Siiru ‘ala barakatillah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor