KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS
PERLIS ZON HIJAU COVID19: TAHNIAH RAKYAT PERLIS, TERUS PATUHI ARAHAN PKP
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengucapkan tahniah kepada seluruh kepemimpinan dan rakyat negeri ini yang telah menunjukkan komitmen yang amat tinggi hingga membolehkan negeri Perlis diisytiharkan sebagai negeri pertama berstatus Zon Hijau COVID-19.
2. Pengisytiharan berkenaan telah dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Nor Hisham Abdullah menerusi Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia pada 23 April 2020.
3. Ucapan tahniah juga kami berikan kepada seluruh jentera kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato Seri Azlan Man yang begitu efisien menguruskan isu-isu berkaitan COVID-19.
4. Namun demikian, DPPNPs berpandangan rakyat negeri ini perlu terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta kekal mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri.
5. Selain itu, DPPNPs juga merakamkan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang telah bertugas dengan penuh komitmen demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat sepanjang pelaksanaan PKP ini.
6. DPPNPs turut mengajak semua pihak di negeri ini agar terus berdoa semoga bencana yang sedang melanda negara ini berakhir dan rakyat dapat menikmati kehidupan seperti sediakala.
MUHAMMAD AZMIR AZIZAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
24 April 2020 | 1 Ramadan 1441 H