Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Setinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 6 orang pimpinan Muslimat Selangor yang dipilih dalam jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia sesi 2021-2023.
Nama-nama yang terpilih dalam jawatankuasa DMPM bagi sesi yang baharu ini adalah Ketua DMPNS sendiri iaitu Ustazah Hjh Wan Hasrina bt Wan Hassan, Timbalan Ketua DMPNS Ustazah Noraini bt Hussin, Naib Ketua DMPNS Dr. Azimah bt Ibrahim, Puan Nor Zarina bt Mohd Azhar, Puan Basmatul ‘Uyun bt Yusof dan Dr. Mardhiyah Hayati bt Salleh.
Muslimat Selangor mendoakan agar amanah kepimpinan ini dapat dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab dan penuh berdedikasi. Selamat menjalankan tugas. Siiru ‘ala Barakatillah.
“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”
“Islam Teras Perpaduan Ummah”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor