Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan sekalung tahniah buat Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di atas kejayaan rampasan dadah terbesar dalam sejarah Malaysia.
Mereka berjaya menumpaskan kartel dadah tempatan selain merampas ketamin dan kokain bernilai hampir RM700 Juta, membabitkan ketamin seberat hampir 500 kilogram (kg) dan kokain seberat lebih tiga tan.
Terima kasih kerana menyelamatkan rakyat Malaysia daripada najis dadah yang sangat membahayakan ini.