Tahniah pasukan operasi tentera darat menumpaskan cubaan penyeludupan di Padang Terap
1. Pada 22 Februari 2023 jam 12:30 tengahari, pasukan Operasi Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia telah berjaya menghalang suatu cubaan penyeludupan daun ketum di Kuala Nerang, Kedah.
2. Tindakan ini dilakukan hasil dari operasi kawalan keselamatan di persempadan Malaysia-Thailand, apabila pasukan Operasi Tentera Darat berjaya mengesan sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand, yang dipercayai membawa daun ketum untuk diseludup keluar bernilai RM 38 ribu seberat 1 tan daun ketum.
3. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, serta seluruh anggota Tentera Darat Malaysia atas tindakan ini. Hasil kecekapan dan ketangkasan pasukan keselamatan kita ini sewajarnya dipuji kerana telah berjaya memelihara keselamatan sempadan negara. Semoga kedaulatan dan keselamatan negara akan terus dipertahankan, dari sebarang anasir yang mampu menggugat tanah air tercinta ini.
YB NURUL AMIN BIN HAMID
AHLI PARLIMEN PADANG TERAP
Bertarikh: 23 Februari 2023