Mengukuhkan MN, mempertahankan PN.
Tahniah PAS dan UMNO.
Agenda bagi memastikan melayu Islam menguasai pemerintahan negara terus diperhebat. Bermula dengan mendaftarkan PN, kini MN bakal didaftarkan.
Pendekatan musuh dengan strategi PECAH DAN PERINTAH semakin hari semakin dilihat gagal.
Tapi kita mesti terus beringat yang mereka tidak mudah putus asa. Jika mereka gagal dengan satu strategi, mereka pasti akan menghasilkan strategi lain bagi mencapai matlamat mereka.
Kesungguhan mereka dirakamkan oleh Allah:
Surah Al-Baqara, Verse 120:
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Kita jangan gundah, kita ada Islam yang sentiasa memimpin. Selagi kita merujuk kepadanya, kita akan terpelihara dari kejahatan mereka:
Surah An-Nisa, Verse 59:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Kita kenal musuh kita, kita tahu niat mereka, kita tahu strategi mereka.
Penyatuan merupakan kewajipan untuk kita bagi mempertahankan Malaysia, memecahkan kita adalah agenda mereka.
Aireroshairi bin Roslan
TKP DPPNP
20102020
1406 hrs
Mengukuhkan MN, mempertahankan PN.Tahniah PAS dan UMNO.Agenda bagi memastikan melayu Islam menguasai pemerintahan…
Posted by Ustaz Aireroshairi bin Roslan – UAR on Monday, October 19, 2020