Home Artikel PAS Selangor

Diwaktu PKPB PASTI Negeri Selangor Salur Sumbangan Kepada Guru PASTI – “PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

302
SHARE

Oleh : Jabatan PASTI Negeri Selangor

Antara golongan yang terkesan dengan COVID-19 adalah guru-guru PASTI. Sumber sara hidup mereka kebanyakannya adalah dari yuran dan sumbangan dari masyarakat setempat.

Sejak 14 Oktober lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Negeri Selangor mengakibatkan operasi PASTI terjejas dan semua kelas ditutup bagi mengikut arahan yang dikeluarkan oleh KPM.

Kerja mendidik anak PASTI itu adalah kerja sukarela. Ianya dilakukan atas dasar fi sabilillah. Namun perlu kita lihat juga, setiap manusia juga mempunyai hak asasi atas diri sendiri seperti makan, minum dan tempat tinggal. Di sinilah tugas masyarakat untuk membantu dan menyokong sekadar mampu para pejuang pendidikan anak bangsa itu.

Pengarah PASTI Negeri Selangor Ustaz Mohd Faizol Endut telah turun dalam membantu guru-guru PASTI di sekitar Puncak Alam. Sumbangan dalam bentuk barang keperluan dapur seperti telur dan wang tunai diserahkan kepada guru PASTI yang tersenarai.

Terima kasih kepada pihak PASTI kawasan Kuala Selangor yang menyusun agenda kebajikan dan terima kasih juga kepada semua yang menjayakan.

Masyarakat yang ingin menyumbang bagi membantu guru-guru PASTI boleh menghubungi ketua unit Kebajikan PASTI Selangor
Muallimah Aisyah: 0173364474
BANK RAKYAT
220806156441

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua penderma dan penyumbang.

Unit Kebajikan PASTI Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor