Pengiraan undi PRU Turki telah berakhir. Tahniah pada AK Party dan Presiden Erdogan yang terus mengekalkan kemenangan dalam PRU Turki kali ini dengan memperolehi sekitar 53% undi untuk kerusi Presiden dan kerusi parlimen bagi undi pakatan. Umat Islam yang cintakan Islam bergembira atas kemenangan ini berbanding parti sekuler dan sosialis tegar. Pelbagai teguran oleh Saadat Party yang juga mengambil laluan sebagai pembangkang wajar diambil sebagai satu nasihat daripada saudara seislam. Kepada Saadat Party, teruskan agenda dakwah dan tarbiyah masyarakat serta tanggungjawab sebagai pembangkang yang menasihati kerajaan.
Dato’ Dr Khairuddin Takiri
Ahad 24hb Jun 2018; jam 11.50 mlm; Istanbul, Turki.