Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Tahniah Ahli Parlimen PAS dilantik Menteri, Timbalan Menteri

540
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saff kepimpinan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada semua Ahli Parlimen PAS yang dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam kabinet ‘Keluarga Malaysia’.

BPPWP turut menzahirkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan kepada PAS untuk terus menganggotai kabinet kerajaan kali ini.

BPPWP yakin dan percaya semua yang terpilih mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan pengalaman yang dikecapi, dengan bantuan daripada Allah SWT.

Akhir sekali, BPPWP mendoakan agar dengan adanya kabinet baharu ini, kestabilan politik, ekonomi dan sosial di negara kita dapat dicapai agar semua agenda pemulihan negara dapat berjalan dengan lancar.

Siiru ‘ala barakatillah.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
27 Ogos 2021l 13 Muharram 1443H