Home Kenyataan Media PAS Johor

Tahniah menteri dan timbalan menteri yang baharu

100
SHARE

KABINET MALAYSIA, PM KE-9 : TAHNIAH KEPADA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI YANG BAHARU

PAS Johor mengucapkan tahniah kepada barisan Kabinet Malaysia yang baharu di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia Ke-9.

Khasnya kepada Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik dari PAS iaitu;

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): YB Senator Ustaz Idris Haji Ahmad

2. Menteri Alam Sekitar dan Air: YB Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

3. Menteri Tenaga dan Sumber Asli: YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan

4. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): YB Datuk Haji Ustaz Ahmad Marzuk Shaary

5. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

6. Timbalan Menteri Sumber Manusia: YB Datuk Haji Awang Hashim

7. Timbalan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi : YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim

8. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh

PAS Johor juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Mantan Menteri) dan YB. Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (Mantan Timbalan Menteri) atas khidmat bakti dalam Kabinet Malaysia sebelum ini.

PAS Johor mendoakan agar Menteri dan Timbalan Menteri yang baharu ini diberi kekuatan dan dipermudahkan untuk melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara, terutama dalam mendepani pandemik Covid-19.

 

RUSMAN KEMIN

Ketua Penerangan

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

27 Ogos 2021 | 18 Muharram 1443H

 

#BerkerjaBersamaRakyat

#KeluargaMalaysia

#IslamMemperkukuhPerpaduan

#MenangBersama