Home Rencana PAS Selangor

Gerakan menghalang agamawan politik Islam di Selangor – KPen PAS Kawasan Hulu Langat

82
SHARE

May be an image of 1 person and text that says ""Individu berstatus ahli politik tidak akan diberi tauliah untuk mengajar agama Islam di masjid dan surau di Selangor""

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Ketua Penerangan PAS Kawasan Hulu Langat

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Persidangan DUN Selangor semalam menegaskan tiada lagi tauliah akan diberikan kepada ahli agamawan berstatus politik dalam ucapan beliau bagi menjawab soalan dari ADUN Taman Medan.

Amirudin Shari menjelaskan, “Jawatankuasa Tauliah MAIS juga memutuskan mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah mengajar dan masih berkuat kuasa, dikekalkan hingga tamat tempoh sah tauliah dengan bersyarat”.

Mengapa syarat tersebut tidak terus dikekalkan dalam tauliah baharu kepada Asatizah politik sedangkan mereka mempunyai ilmu yang sangat tinggi dalam bidang agama?, adakah ini cara kerajaan Selangor hendak melarang dan mengurangkan pengaruh mereka dengan tidak lagi memberi tauliah berceramah agama di masjid dan surau.

Gerakan sekular dari golongan idealogi Sosialis dan Liberal semakin ketara dibelakang kerajaan Pakatan Harapan apabila Menteri Besar Selangor terus tunduk kepada tekanan mereka untuk memisahkan golongan agamawan politik dari menyebarkan ilmu agama diselangor.

Pemisahan di antara agama dan politik negara merupakan doktrin politik yang dipegang oleh idealogi Sosialis DAP selama ini, dimana institusi kerajaan dan agama perlu dipisahkan dan bebas daripada pengaruh agamawan, ia jelas terkandung dalam matlamat mereka “Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja SEKULAR yang asal..”.

Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri mengakui bahawa beliau seorang yang liberal kerana beliau menyatakan “sedia mendengar pendapat pelbagai pihak, sebagai menjamin kebebesan untuk bersuara”, namun menyekat pula kebebasan bersuara para agamawan dan asatizah politik untuk bersuara menyatakan pandangan politik mereka dalam neraca Islam di Selangor.

Sebagai pemimpin PKR yang memerintah Selangor beliau pernah menyebut untuk “tidak hukum dia, saya tidak penjarakan dia kerana pandangan dia,” tetapi dalam masa yang sama mereka cuba menutup mulut dan pandangan agamawan politik Islam ini, dengan menafikan ilmu dan Amal mereka sepertinya terus memenjarakan mereka tanpa ruang membela.

Inilah sikap “double standard” dan ketidakadilan pemerintahan PKR dan DAP yang rakyat perlu sedar, golongan agama yang berpolitik terus dinafikan hak mereka untuk mengajar agama, tiada lagi kebebasan ahli politik dalam menyampaikan agama di Selangor.

27 Ogos 2021 | 18 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor